How to pick your first telescope
INGIN MEMBELI TELESKOP PERTAMA ANDA TAPI TAK TAHU BAGAIMANA?
Jika anda sedang berjinak-jinak untuk menjadi seorang Stargazer, memiliki teleskop sendiri pasti menjadi impian terbesar anda! Memilih teleskop pertama untuk seorang pemula pasti sangat mengelirukan!
Mari kami kongsikan 4 tips penting untuk membuat pembelian pertama anda
1. Mudah Dipasang
👉🏻Pilih teleskop yang mempunyai komponen yang ringkas supaya mudah dipasang.
Hal ini penting kerana, memiliki teleskop yang terlalu rumit untuk dipasang pasti akan mengambil masa untuk anda mula mencerap menyebabkan anda mungkin akan terlepas melihat fenomena langit!
2. Mudah Digunakan
👉🏻Pilih teleskop yang mudah digunakan supaya lebih praktikal dan anda akan sentiasa menggunakannya.
Penting untuk ada mengetahui cara penggunaan model teleskop yang anda minati sebelum membelinya. Jika terlalu banyak langkah-langkah rumit untuk menggunakannya lama-kelamaan pasti momentum anda untuk mencerap langit semakin berkurangan dan lebih parah lagi jika anda sampai terlupa cara menggunakannya! Lalu teleskop yang dibeli akan dibiarkan sepi di dalam bilik stor.
3. Mudah Diangkut
👉🏻Pilih teleskop yang ringan dan kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana.
Pemilihan size dan berat teleskop juga penting bagi memastikan yang teleskop anda mudah dibawa ke mana-mana dan mudah juga untuk disimpan kerana selalunya aktiviti mencerap langit adalah di tempat tempat terbuka dan gelap seperti di dalam hutan, bukit dan sebagainya.
4. Berbaloi
👉🏻Pilih teleskop yang berbaloi dengan harga dan spesifikasinya.
Harga akan menentukan kualiti teleskop yang anda akan beli. Jadi, pilih teleskop yang bersesuaian dengan bajet anda dan dalam masa yang sama berbaloi dengan hasil cerapan anda nanti!
Jadi, jika anda tak tahu mana nak dapatkan teleskop terbaik untuk beginner dengan harga yang masuk akal?
Jangan risau, kami menawarkan teleskop-teleskop terbaik untuk total beginner seperti anda✨
"Teleskop yang paling baik adalah teleskop yang selalu digunakan!"
Top 3 Highly recommended teleskop:
1. Skywatcher Dob 100 Heritage Retractable Tabletop Telescope
2. Skywatcher BK707AZ2 Telescope
3. Skywatcher Star Discovery MAK127 SynScan GOTO Telescope
Like & Follow Media Sosial Apadilangit
✨ https://linktr.ee/apadilangit ✨